3 Langkah Membersihkan Kulit Muka

Setiap hari, kita wajib membersihkan kulit muka dengan cara yang betul. Bayangkan seharian kita berpeluh, kena debu habuk, berminyak dan kotor. Jadi ambil 3 Langkah Membersihkan Kulit Muka yang mudah dan masanya pun sekejap sahaja.

Jika anda malas melakukan 3 Langkah Membersihkan Kulit Muka ni, sila jangan komplen kenapa muka saya kusam?? kenapa muka saya berjerawat?? kenapa muka saya berminyak??

3 Langkah Membersihkan Kulit Muka adalah sangat mudah, kita mulakan dengan:

Pencuci Muka
Sebelum memilih pencuci muka yang sesuai dengan anda, kenali jenis kulit wajah anda terlebih dahulu. Bahan-bahan yang terdapat di dalam produk pencuci muka telah dipilih khas mengikut keperluan kulit wajah seseorang. 

Saya memiliki kulit berminyak kombinasi dengan kering. Jadi saya memilih pencuci muka yang "bebas-minyak" dalam masa yang sama tidak mengeringkan muka. Kulit saya memang bermasalah sejak dari lahirkan Amni Khalisha. Jerawat yang tak best tumbuh di sana sini. 

Bila anda alami masalah ini, lupakan la kisah nak cerahkan kulit. Target utama!! hapuskan jerawat. hahaha... Jerawat terbentuk bila kulit muka berminyak dah kotor. Semasa pregnant dari Aqil Khalish sampai la ke Amni Khalisha, saya memang tak ambil kisah dah pasal jaga muka. Kesannya... muka menjadi teruk setelah bersalin Amni Khalisha.

Langkah pertama, sebelum mencuci muka, disarankan agar anda membersihkan wajah terlebih dahulu dengan tisu basah atau minyak bayi. Ia bagi menanggalkan kotoran yang ada pada wajah, berkemungkinan pencuci muka tidak dapat membersihkannya secara total. Bahagian wajah anda yang perlu diberi perhatian adalah pada kawasan sekitar mata, tepi hidung, dan keseluruhan kulit muka anda.

Buihkan pencuci muka anda sebelum disapu pada kulit muka. Jangan sesekali menggosok muka anda dengan kuat. Lakukan pembersihan dalam bentuk putaran. Kemudian dibilas dengan air bersih.

Selepas wajah anda dibilas dengan air bersih, lapkan perlahan-lahan sebelum anda mengoleskan penyegar dan pelembap wajah selepas itu.

Penyegar Wajah
Toner (penyegar) adalah amat penting bagi mengekalkan kesegaran pada kulit muka seseorang. Pilihlah yang berasaskan bahan-bahan semulajadi untuk hasil yang lebih baik. Seeloknya pemilihan pencuci muka dan penyegar biarlah jenama yang sama. Jika dilihat di pasaran, setiap produk didatangkan dalam set penjagaan wajah yang sama. 

Saya juga menggunakan rangkaian Toner yang sama dengan pencuci muka dan juga berasaskan "bebas-minyak". Lihat betapa saya sangat kepoh dengan kisah muka berminyak nih. hhahaha.... 

Dengan menggunakan kapas muka yang lembut, basahkan dengan sedikit penyegar. Sapukan toner ke seluruh muka dan bahagian leher secara perlahan-lahan.

Pastikan ia disapu dalam keadaan memutar. Jika anda dapat merasakan sensasi dingin penyegar wajah yang anda gunakan, bermakna ia sudah benar-benar segar.

Pelembap Muka
Sama seperti penyegar, pelembap muka juga amat penting untuk memelihara kesihatan dan kecantikan kulit. Pelembap muka biasanya didatangkan dengan kebaikan seperti di dalam krim tabir suria bagi melindungi anda yang tidak bersolek. 

Pelembap yang baik adalah apabila ia dihasilkan daripada bahan-bahan natural seperti teh hijau dan aloe vera. Pelembap muka tanpa haruman adalah lebih baik kerana ia menunjukkan kandungan kimia yang rendah atau langsung tidak mempunyai bahan ini di dalamnya. 

Ambil pelembap muka dan sapukan perlahan-lahan di keseluruhan wajah dan leher anda. Mulakan dengan bahagian dahi, diikuti dengan bahagian muka, dan terus ke dagu. 

Hati-hati dengan amaun pelembap muka yang anda pakai kerana berlebihan akan menyebabkan wajah anda tampak berminyak. Sekiranya kulit anda terasa licin atau sedikit melekit, ia menandakan kelembapan pada muka anda sudah mencukupi. 

Sebelum ni, saya agak malas pakai pelembap muka. Tapi muka saya jadi kering, jadi... kena la kembali rajin sapu pelembap muka. Kalau tidak, jerawat hilang tapi muka jadi gurun sahara la plak. huhuhu....

*Disclaimer: saya bukan jual produk di atas, tapi mengunakan untuk kawal kulit berminyak dan jerawat
Pencuci Muka, Toner & Pelembap dari The Face Shop
Skrub dari The Face Shop
Dalacin T - Antibiotik Jerawat

*Disclaimer: yang ni saya jual. nak beli cari saya ya. haha...

Senarai di atas saya gunakan untuk penjagaan dalaman dan luaran untuk kulit saya. So far alhamdulillah. Dari jerawat yang hari2 keluar, dah semakin kurang. Kini hanya keluar sesekali bila terlebih makan seafood or masa period. Target seterusnya adalah untuk hilang parut jerawat dan kulit lebih sihat berseri. hihi...

Di atas tadi, 3 Langkah Membersihkan Kulit Muka yang mudah dan ringkas. Seterusnya, aktiviti tambahan untuk  memelihara kesihatan kulit dan sentiasa tampak cantik:- 

Skrub
Menggunakan skrub muka setiap dua atau tiga kali seminggu. Pilih yang mempunyai butiran halus berbanding yang kasar kerana ia lebih sesuai dengan tekstur kulit seorang wanita. Skrub dengan butiran kasar lebih sesuai untuk lelaki kerana liang roma mereka yang luas.

Saya pernah skrub muka hari, sekali kena marah dengan SA. hahaha.. Sebabnya nanti kulit muka yang baru akan cedera sebab asik la skrub. Saya ingatkan akan lebih bersih. LOL... 

Masker
Pupur wajah anda seminggu sekali untuk menanggalkan sel-sel mati dengan lebih berkesan selepas ia dilulur dengan skrub. 

Sila invest sikit untuk beli masker ya. tak pun rajinkan diri untuk buat masker sendiri bersama yogurt dan bahan2 semulajadi yang lain. Saya pilih yang cepat, iaitu beli masker. hahaaha...

Krim bawah mata
Penggunaan krim lingkaran gelap bawah mata atau sebarang petua lain untuk menjaga kesihatan dan kecantikan mata juga tidak salah diamalkan selagi ia tidak berbahaya buat sesiapa.

Hmm yang ni, saya tak pernah cuba lagi, mungkin saya tiada masalah lingkaran bawah mata walaupun berjaga atau tak cukup tidur. Cuma muka nampak letih dan nak tertidur jela. hihihi....

Kredit: Rapi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2013 Copyright © SukaSihat.com. Designed by Rekaneka.com.