Kebaikan Meal Shakes dari Shaklee

Siapa di sini yang anak2 kurang selera bila bab makan nasi. Silap2 kena berkejar satu rumah pula semata2 nak habiskan sepinggan nasi. Sebagai ibubapa, kita memang mengharapkan anak2 sentiasa selera makan supaya membesar dengan sihat.

Bila anak2 mula tunjukkan kurang minat terhadap makanan, kita mula risau, apa yang perlu kita buat? Jangan risau ibubapa, in sha Allah, Meal Shake Shaklee dapat membantu.


Apakah Meal Shakes Shaklee?
Meal Shake Shaklee adalah makanan tambahan segera yang rendah lemak dan rendah glycemic (kandungan glukosa). Rasanya juga enak dan saya yakin anak2 pasti suka. Diperbuat dari soya yang mengandungi 19 vitamin dan juga mineral tambahan yang mana diperlukan oleh anak2 untuk membesar dengan kuat dan sihat.

Seperti produk2 Shaklee yang lain, Meal Shake Shaklee juga TIDAK ADA pewarna tiruan, perasa tiruan dan pemanis tiruan.

Selain dari anak2, ibubapa juga boleh tumpang minum Meal Shake Shaklee kerana ia sesuai untuk alas perut di pagi hari dan menjadi kudapan di waktu petang. Selain dari ESP Shaklee. Kadang2, bajet kita telah pergi ke Meal Shake Shaklee dan tiada bajet tambahan untuk membeli ESP Shaklee yang mana lebih sesuai. Tapi tiada masalah, Meal Shake Shaklee adalah produk yang boleh dinikmati oleh semua. Jadi sambil bancuh untuk anak2, ibubapa pun boleh tumpang minum sekali. ;)

Sudah siap dibancuh.

Cara bancuhan:

Ini terpulang kepada kesesuaian dan keinginan anak2. Seperti biasa bila cuba sesuatu yang baru, kita perlu kreatif untuk pujuk anak mencuba.

1- Meal Shake Shaklee boleh dicampurkan dengan air suam dengan bancuhan 2sudu besar dan air suam.
2- 1 sudu Meal Shake Shaklee dicampurkan bersama susu atau milo. Cara ini juga boleh untuk elakkan anak2 dari panik bila lihat minuman baru. hihihi

Untuk anak saya, Aqil Khalish, saya bancuh 2sudu besar Meal Shake Shaklee dan air suam. Kemudian, saya goncangkan, barula dia nampak hebat, lagi2 bila ianya berbuih. Bila diajak minum, "mami..sedapla.." Bau Meal Shake Shaklee sangat wangi kerana berperisa Vanilla. In sha Allah dapat menarik anak2 untuk minum.

Sebelum pergi sekolah, kita minum dulu!
(Meal Shakes Shaklee dituang dalam cawan milo seperti yang dipinta oleh Aqil Khalish)

Perlukah Meal Shake Shaklee walaupun anak2 jenis selera makan?

Aqil Khalish dan Amni Khalisha adalah kategori suka makan. Kalau kena selera, memang habis sepinggan nasi. Tapi ada masanya memilih juga. ;) Jadi kenapa saya masih perlukan Meal Shake Shaklee?

Aqil Khalish sudah bersekolah tadika, jadi saya jadikan sebagai sarapan pagi, sebab saya sendiri tak sempat masak dan memang agak sukar untuk ajak anak sarapan pada di pukul 8pagi. Matanya masih separuh terbuka. hihihi...

Jadi untuk kejar masa di pagi hari, kita sediakan Meal Shake Shaklee sebagai sarapan. Kita boleh selang selikan hidangan Meal Shake Shaklee bersama susu atau milo, untuk elakkan dia bosan. Selain sebagai sarapan, saya percaya hidangan Meal Shake Shaklee dapat membantu Aqil Khalish cergas sepanjang persekolahan.

Setakat ini, ramai ibubapa yang memberi komen Meal Shake Shaklee membantu menaikkan selera anak2, selain itu lebih cergas dan sihat. Sudah tentu itu adalah yang paling diharapkan oleh setiap ibubapa.

Sebagai ibubapa keperluan anak2 sentiasa menjadi senarai utama. Jadi jangan tunggu lagi, mari kita hidangkan Meal Shake Shaklee untuk anak2 kita, mereka suka, kita pun gembira. ;)


~
Nurkhalilah Kahar (Ila) - ID: 931242
Shaklee Independant Distributor
SMS/Whatsapp: 012-621 8175
E-mail: info.sukasihat@gmail.com
Website: www.sukasihat.com
FB page: Sukasihat.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2013 Copyright © SukaSihat.com. Designed by Rekaneka.com.